fb fb fb fb fb

1,800 pelajar B40, asnaf dapat manfaat Skim Anak Angkat YPM

KUALA KRAI, 7 Oktober- Yayasan Pelajaran Mara (YPM) memperuntukkan RM2.2 juta untuk membantu 1,800 pelajar berkelayakan di seluruh negara menerusi Skim Anak Angkat (SAA), tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Mohd Razman Yaacob berkata, seramai 1,666 pelajar sekolah rendah dan menengah menerima manfaat membabitkan dana bernilai RM1.01 juta.

Jumlah itu melibatkan 387 murid sekolah rendah dan 1,279 pelajar sekolah menengah terdiri daripada golongan B40 serta asnaf yang berpotensi selain cemerlang dalam akademik.

(Foto fail)

80% peruntukan SAA merupakan sumbangan syarikat korporat dan orang persendirian manakala bakinya daripada dana YPM.

Media Baharu