fb fb fb fb fb

1.8 bilion nombor panggilan 'scam' disekat sejak 2017 hingga 2022

KUALA LUMPUR, 22 Januari- Sejumlah 1.8 bilion nombor telefon yang digunakan untuk panggilan penipuan atau 'scam' disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sejak tahun 2017 hingga 2022.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diketahui hasil pertemuannya bersama MCMC, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dan beberapa pihak lain.

Jelas beliau, sejak 2018 pula, sebanyak 300 juta nombor telefon yang digunakan untuk penipuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berjaya dikekang.

“Peringatan saya kepada rakyat Malaysia, tolong berhati-hati dalam suasana perayaan ini kerana sudah pasti akan ada yang menangguk di air keruh untuk mengambil kesempatan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA di sini.

(Fahmi Fadzil menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA di sini)

Justeru, beliau menasihati individu yang menjadi mangsa penipuan supaya membuat laporan ke Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dengan menghubungi talian 997.

Media Baharu