fb fb fb fb fb

1,643 penduduk terjejas banjir di Pahang setakat 9 malam

Bomba Pahang membawa keluar penduduk terjejas banjir berpindah keluar ke PPS berikutan paras air semakin naik di Kampung Batu Kapor, Mentakab petang tadi/Foto BERNAMA

TEMERLOH, 16 Oktober - Jumlah penduduk terjejas akibat banjir di Pahang terus menurun dengan angka terkini menunjukkan 1,643 berbanding 1,737 orang setakat pukul 9 malam tadi.

Seramai 497 keluarga yang terjejas kini ditempatkan di 9 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang telah dibuka.

Menurut portal Infobencana, PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan menampung jumlah penduduk paling ramai, iaitu 730 orang.

PPS lain yang turut menampung penduduk terjejas termasuklah SK Desa Bakti (566 orang), SMK Mentakab (126 orang), SK Bukit Cermin (96 orang), SK Lanchang (96 orang) dan SMK Bukit Cermin (38 orang).

PPS SK Mentakab (Chatin) menempatkan seramai 25 orang, Masjid Kampung Bongsu 20 orang dan Tapak Pemindahan Kp Gantok pula seramai 6 orang.

GRACE AISYAH KEDAYAN