BEAUFORT, 9 Mac – Empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Beaufort telah diaktifkan bagi menempatkan penduduk terjejas banjir sejak semalam.
Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sabah, PPS yang dibuka melibatkan Dewan Bisaya, Dewan Prima, Dewan Selagon, dan Dewan DSP Dun Banir.
"Seramai 1,181 penduduk terjejas banjir terdiri daripada 365 ketua isi rumah kini ditempatkan di pusat pemindahan berkenaan.
"Pihak jabatan akan memastikan keperluan asas terus disalurkan bagi memastikan kebajikan mereka terjaga," menurut hantaran itu melalui Facebook hari ini.
JKM turut menzahirkan harapan agar semua penduduk yang terjejas kekal tabah dalam menghadapi bencana ini.