fb fb fb fb fb

1,000 bakul makanan dihantar ke Kelantan - Saifuddin Nasution

PUTRAJAYA, 21 Disember- Sebanyak 1,000 bakul makanan akan dihantar ke dua lokasi di Pusat Penempatan Banjir Sekolah Kebangsaan Alor Pasir, Tanah Merah dan Sekolah Kebangsaan Dewan Besar, Machang di negeri Kelantan.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, penghantaran bakul makanan itu akan dilaksanakan untuk beberapa fasa termasuk ke negeri Terengganu dan negeri-negeri lain yang terlibat.

Bakul makanan terdiri daripada barang sedia untuk dimakan antaranya bijirin, roti, air mineral, air kotak, biskut, minuman segera dan banyak lagi barangan keperluan asas makanan yang bernilai RM100 setiap satu.

Semua bakul makanan dihantar menggunakan kekuatan logistik antaranya daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Imigresen dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

(1,000 bakul makanan akan dihantar ke Kelantan)

Program itu juga hasil kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia.

Datuk Seri Saifuddin berkata demikian kepada media selepas melancarkan Misi Bantuan Banjir Kementerian Dalam Negeri ke Pantai Timur, di sini.

Media Baharu