
KUALA LINGGI, 6 November – Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin menganggap status calon ‘gen-z’ sebagai kunci
kekuatan untuk memahami keperluan rakyat.
- Bersedia menyumbang idea segar untuk membangunkan DUN jika diberi mandat rakyat.
- Utamakan isu banjir berulang, capaian internet luar bandar dan kebajikan penduduk menurut hasil ziarah rumah ke rumah.
- Menerima sokongan positif pengundi dan berharap sokongan itu diterjemahkan pada hari pengundian; menghormati calon lawan bagi persaingan sihat.
Katanya, beliau bersedia menyumbang idea segar dalam membangunkan kawasan DUN berkenaan sekiranya mendapat mandat daripada rakyat.
“Antara isu utama yang ingin diketengahkan di Kuala Linggi ialah masalah banjir yang berulang setiap tahun, selain isu capaian rangkaian internet yang memerlukan perhatian, khususnya bagi penduduk di kawasan luar bandar.
“Selain itu, hasil program ziarah dari rumah ke rumah mendapati masih terdapat penduduk yang berdepan masalah kebajikan dan memerlukan perhatian sewajarnya,” katanya,
Sepanjang tempoh kempen berlangsung setakat ini, beliau menerima penerimaan amat baik daripada pengundi selain, berharap sokongan itu diterjemahkan pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Mengulas mengenai calon lawan, Mukhlis berkata dirinya sentiasa menghormati calon ‘senior’ dan mahu persaingan pilihan raya secara sihat diteruskan.