Suspek miliki 37 rekod jenayah lampau ditahan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Tindakan melarikan diri dari pemeriksaan polis membawa padah apabila sebuah pikap yang dinaiki dua individu terbabas dan merempuh kenderaan lain selepas dikejar kira-kira 30 minit di sekitar Sungai Besi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anggota Peronda Lebuhraya Bukit Aman mengesan kenderaan mencurigakan di Lebuhraya Shah Alam KESAS.
  • Suspek enggan berhenti, cuba melanggar anggota; polis melepaskan beberapa das tembakan.
  • Seorang lelaki 29 tahun ditahan; pemeriksaan menemui alatan curi kabel dan barang kes; suspek mempunyai 37 rekod jenayah lampau dan dikehendaki.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengesahkan kejadian berlaku selepas anggota Peronda Lebuhraya Bukit Aman mengesan kenderaan terbabit berada dalam keadaan mencurigakan ketika berada di Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

“Cubaan pihak kami menahan kenderaan berkenaan untuk pemeriksaan tidak diendahkan sebelum pemandu bertindak memecut kenderaan.

“Suspek tidak memberi kerjasama dan cuba melanggar anggota. Susulan itu beberapa das tembakan telah dilepaskan.

“Suspek bertindak melarikan diri dengan memandu kenderaan sehingga memasuki Jalan Hang Tuah 4. Kenderaan suspek telah hilang kawalan dan melanggar sebuah kereta” katanya dalam kenyataan.

Datuk Fadil berkata, seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun berjaya ditahan manakala seorang lagi suspek yang merupakan pemandu kereta berjaya melarikan diri.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan suspek telah menemukan pelbagai barang dan alatan curi kabel serta barang kes.

“Semakan mendapati suspek yang ditahan mempunyai 37 rekod jenayah lampau dan dikesan sebagai orang dikehendaki,” katanya.

Pihak polis juga giat mengesan suspek yang melarikan diri.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.