Rokok, minuman keras RM3.6 juta dirampas Kastam P.Pinang

Foto BERNAMA

PERAI, 15 April – Rokok dan minuman keras bernilai 3.6 juta ringgit berjaya dirampas dalam serbuan di Jalan Berapit Bukit Mertajam, bulan lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serbuan dilakukan hasil maklumat awam menerusi Op Petasan ke atas sebuah gudang tidak berpenghuni.
  • Pegawai Bahagian Penguatkuasaan JKDM negeri melakukan serbuan pada 9 pagi.
  • Ditemukan 86,800 batang rokok dan 55,606.51 liter minuman keras; semua barang disita untuk siasatan di bawah Akta Kastam 1967.

Tindakan itu dilakukan hasil maklumat awam menerusi Op Petasan yang dijalankan ke atas sebuah gudang tidak berpenghuni.

Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Rohaizad Ali berkata, serbuan dilakukan pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri pada 9 pagi.

Hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan 86,800 batang rokok putih dan kretek serta 55,606.51 liter minuman keras jenis bir dan likuor yang tidak berkastam.

“Anggota Kastam telah menemukan sejumlah rokok dan minuman keras pelbagai jenama yang disyaki barang larangan di dalam gudang berkenaan.

Semua barang kes telahpun disita untuk siasatan lanjut melibatkan RM3,606,65.03 nilai keseluruhan rampasan termasuk cukai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di sini pada Rabu.

Kesemua barang rampasan dipercayai untuk diedarkan ke pasaran tempatan.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.