Remaja maut kemalangan libatkan tiga kenderaan

Mangsa parah di kepala meninggal dunia di lokasi/RTM Johor


KOTA TINGGI, 2 Mac
– Seorang remaja maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 44, Jalan Sungai Rengit, Kota Tinggi, Johor, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa pembonceng motosikal parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi insiden.
  • Dua lagi penunggang motosikal, masing-masing 16 tahun, cedera ringan dan dirawat di hospital.
  • Pemandu kereta berusia 50 tahun dilaporkan selamat tanpa kecederaan serius.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987; mayat dihantar untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman mengesahkan, mangsa merupakan pembonceng motosikal, parah di kepala, meninggal dunia di lokasi insiden.

Manakala, dua lagi penunggang motosikal yang masing-masing juga berusia 16 tahun, cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi.

Sementara, pemandu kereta berusia 50 tahun, selamat.

Mayat mangsa dihantar ke unit forensik hospital sama, untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.