
TANGKAK, 26 Mac -Polis mengesan video tular di media sosial memaparkan kejadian perselisihan faham melibatkan pengguna jalan raya dengan dua buah kenderaan di Bandar Tangkak, Johor, baru-baru ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Kejadian berlaku di hadapan kedai buah di Jalan Utama, Muar Tangkak.
- Punca insiden adalah perselisihan faham antara ahli keluarga.
- Tiada laporan polis dibuat; kedua-dua pihak menyelesaikan perkara secara dalaman tanpa tindakan polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, DSP Jamellulkamal Abdul Halim berkata, semakan mendapati, kejadian berlaku di hadapan kedai buah Jalan Utama, Muar Tangkak.
“Kejadian itu berlaku berpunca daripada perselisihan faham antara keluarga,” katanya menerusi satu kenyataan.
Setakat ini, tiada laporan polis dibuat termasuk berkaitan kemalangan atau kesalahan trafik berhubung insiden itu.
Kedua-dua pihak juga memilih menyelesaikan perkara tersebut secara dalaman bersama keluarga tanpa melibatkan tindakan polis.