Penunggang motosikal maut, pemandu kereta diburu polis

Foto PDRM

TUMPAT, 29 Julai – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kampung Bunohan di sini pada 28 Julai lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kereta dipercayai membuat pusingan U secara mengejut menyebabkan motosikal melanggar bahagian sisi kanan kenderaan.
  • Pemandu kereta dipercayai melarikan diri dan sedang dikesan polis.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Tumpat, ACP Mohd Khairi Shafie berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang ketika mangsa dalam perjalanan dari Chabang Empat menuju ke Kampung Banggol Beta melalui Jalan Tumpat-Pasir Mas.

“Berdasarkan siasatan awal, sebuah kereta dipercayai membuat pusingan U secara mengejut sebelum motosikal mangsa melanggar bahagian sisi kanan kenderaan itu,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Akibat pelanggaran, mangsa yang berusia 29 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.

“Pemandu kereta berkenaan dipercayai melarikan diri dan sedang dikesan polis,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.