Dua lelaki direman, sembunyikan syabu dalam bas

Foto PDRM

GUA MUSANG, 29 Julai – Dua pemandu sebuah bas ekspres ditahan selepas polis menemukan bahan disyaki dadah jenis syabu yang disembunyikan di bahagian belakang tempat duduk pemandu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penahanan dibuat melalui operasi di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gua Musang, Isnin lepas.
  • Ketua Polis berkata kedua-dua lelaki tempatan itu masing-masing berusia 39 dan 46 tahun.
  • Polis merampas beberapa barangan berkaitan siasatan; nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM2,500.
  • Suspek direman mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952; saringan awal air kencing mendapati negatif.

Penahanan dibuat menerusi operasi di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gua Musang, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kedua-dua lelaki tempatan itu masing-masing berusia 39 dan 46 tahun.

“Polis turut merampas beberapa barangan lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM2,500,” katanya dalam kenyataan.

Kedua-dua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Saringan awal air kencing mendapati kedua-duanya negatif dadah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.