Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen.

KUCHING, 6 April – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori simen di lampu isyarat Jalan Pelabuhan, di sini malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat Gerakan JBPM Sarawak terima panggilan kecemasan pada pukul 9.50 malam.
  • Lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya digerakkan ke lokasi.
  • Mangsa dikenali sebagai Mohd Ramfullah Dahan, 26, disahkan meninggal di lokasi dan mayat diserahkan kepada polis.

Komander Operasi, PBK I Tahir Tuah dalam satu kenyataan berkata, Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.50 malam.

Susulan itu, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya digerakkan ke lokasi.

“Terdapat seorang mangsa iaitu penunggang motosikal didapati berada di bawah lori simen dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia di lokasi oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” kata Komander Operasi, PBK I Tahir Tuah dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Ramfullah Dahan, 26 tahun dan mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.