Pasangan ditahan, video tular aksi lucah di tanah perkuburan

Gambar hiasan

GEORGE TOWN, 24 Mac – Polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun dan pasangannya berusia 37 tahun di kawasan Paya Terubong dan Jalan Padang Tembak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Video tular memaparkan pasangan melakukan aksi tidak senonoh di atas kubur di tapak perkuburan Cina.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 294(a), Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
  • Video mendapat kritikan kerana mengabaikan sensitiviti masyarakat dan dipercayai bukan kali pertama kejadian seumpamanya.

Ia susulan video tular di media sosial memaparkan pasangan tersebut melakukan aksi tidak senonoh di atas sebuah kubur di Tapak Perkuburan Cina di Jalan Batu Gantong.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad menerusi kenyataan mengesahkan penahanan pasangan terbabit.

Pasangan itu direman tiga hari bermula hari ini sehingga 26 Mac 2026. Kes disiasat di bawah Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan, Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Video tular tersebut mendapat kritikan ekoran sikap pasangan itu yang tidak mengendahkan sensitiviti masyarakat dan dipercayai ini bukan kali pertama perkara sedemikian berlaku.