Lumba haram: 30 saman dikeluar, enam motosikal disita

Foto: PDRM

SUNGAI PETANI, 11 Jun – Sebanyak 30 saman dan enam motosikal disita dalam operasi khas membanteras kegiatan lumba haram di Jalan Villa Natura, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuala Muda susulan aduan orang awam pada pukul 10.20 malam.
  • Rondaan dan operasi penguatkuasaan akan dipergiat dari semasa ke semasa bagi membendung kegiatan lumba haram.
  • Op Mabuk di Kampung Raja dijalankan antara pukul 11 malam hingga 2 pagi dengan pemeriksaan ke atas orang dan kenderaan.
  • Hasil Op Mabuk: 40 individu, 35 kenderaan diperiksa dan 25 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner ACP Hanyan Ramlan berkata operasi dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala
Muda itu, hasil aduan orang awam berkaitan aktiviti lumba haram di kawasan perumahan berkenaan pada pukul 10.20 malam.

“Kesemua motosikal yang disita dibawa ke IPD Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

“Rondaan dan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat dari semasa ke semasa bagi memastikan kegiatan terbabit dapat dibendung,” katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu, Op Mabuk turut dilaksanakan di Kampung Raja bermula pukul 11 malam hingga 2 pagi pada 11 Jun 2026.

Hasil pemeriksaan terhadap 40 individu dan 35 kenderaan, sebanyak 25 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Antara kesalahannya adalah memandu tanpa lesen, tiada perlindungan insurans, kesalahan lampu kenderaan, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, cukai jalan tamat tempoh serta tidak memakai tali pinggang keledar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.