
KUALA LUMPUR, 24 Februari – Lebih 7,000 pendatang tanpa izin ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi operasi penguatkuasaan terhadap warga asing yang melanggar Akta Imigresen di seluruh negara.
- Operasi penguatkuasaan dilaksanakan antara 1 Januari hingga 19 Februari bagi memperkukuh undang-undang imigresen.
- Kesalahan tertinggi: tiada dokumen perjalanan atau pas sah di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
- Lapan negara merekodkan tangkapan tertinggi termasuk Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Filipina, Thailand, Pakistan, India dan China.
Operasi berkenaan dilaksanakan bermula 1 Januari hingga 19 Februari lalu.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Datuk Lokman Effendy Ramly menerusi kenyataan memaklumkan, sepanjang tempoh tersebut seramai 30,177 individu diperiksa.
Menurut beliau, kesalahan tertinggi direkodkan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah.
Dari segi taburan warganegara, lapan negara mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Filipina, Thailand, Pakistan, India dan China.
Tambah beliau, operasi berkenaan dilaksana bagi memperkukuh penguatkuasaan undang-undang imigresen selain mengawal kehadiran warga asing yang melanggar peraturan yang ditetapkan.