
SUNGAI PETANI, 26 Mac – Kejadian tragis membabitkan kematian tiga beranak di Kampung Belau, Merbok malam tadi bukan sahaja menggemparkan penduduk setempat, malah mengejutkan ahli keluarga dan rakan terdekat mangsa.
- Anak saudara mangsa terkejut, hanya mengetahui kejadian semasa bekerja dan segera pulang ke lokasi.
- Anak lelaki 29 tahun jarang keluar rumah, banyak menghabiskan masa di bilik, dipercayai mengalami tekanan perasaan.
- Suami, 65, dikenal sebagai anggota solat berjemaah di Masjid Al-Atiq; rakan rapat menyatakan kali terakhir bertemu Ahad lalu.
- Mayat pasangan suami isteri (65, 53) dan anak lelaki (29) ditemukan di kediaman oleh polis dengan bantuan penduduk.
Anak saudara kepada wanita yang ditemui maut, Mohd Khairil Afif Abd Manaf berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu ketika sedang bekerja sebelum bergegas pulang ke lokasi.
“Saya terkejut dan tidak sangka perkara seperti ini berlaku. Sebelum ini, keluarga tidak pernah mendengar sebarang masalah serius,” katanya.
Menurutnya, anak lelaki mangsa yang berusia 29 tahun jarang keluar rumah dan lebih banyak menghabiskan masa di dalam bilik selain dipercayai mengalami tekanan perasaan.

Dalam pada itu, suami wanita berkenaan, Zikri Abdul Rahman, 65, dikenali sebagai individu yang aktif menunaikan solat berjemaah di Masjid Al-Atiq.
Rakannya, Hashim Abdul Aziz, 66, berkata kali terakhir dia bertemu mangsa di masjid berkenaan pada Ahad lalu.
“Kami memang rapat seperti saudara sendiri dan sering meluangkan masa bersama,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, mayat tiga beranak ditemukan di kediaman mereka di Kampung Belau, Merbok, tengah malam tadi.
Mayat pasangan suami isteri berusia 65 dan 53 tahun bersama anak lelaki mereka berusia 29 tahun ditemui anggota polis dengan bantuan penduduk kampung.