Kemalangan maut: Pemandu treler positif dadah ditahan


Tiga daripada lima individu dalam van tersebut maut, manakala dua orang lagi cedera.

SEGAMAT, 3 April – Pemandu treler terlibat kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 212, Jalan Johor Bahru-Seremban di sini pada Khamis didapati positif dadah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemandu treler ditahan untuk membantu siasatan oleh polis.
  • Treler melanggar bahagian belakang van menyebabkan van hilang kawalan lalu melanggar lori bertentangan.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad mendedahkan, lelaki berusia 28 tahun itu telah ditahan bagi membantu siasatan.

Kemalangan dipercayai berpunca daripada treler yang melanggar bahagian belakang sebuah van.

Ia mengakibatkan van tersebut hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar bahagian hadapan sebuah lori.
Pemandu treler dan lori tersebut selamat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.