
KUALA LUMPUR, 24 Januari – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan sebarang bentuk perbuatan menyebarkan, mendedahkan atau memaparkan maklumat peribadi tanpa kebenaran sebagai menyalahi undang-undang.
- PDRM anggap penyebaran maklumat peribadi tanpa kebenaran sebagai perbuatan menyalahi undang-undang.
- Contoh maklumat terlibat: alamat, nombor telefon, nombor pengenalan dan maklumat keluarga.
- Doxing boleh didakwa di bawah Seksyen 233, Seksyen 130, 507E, 507F(1) atau 507F(2).
- Awasi etika media sosial; PDRM akan ambil tindakan tegas bagi melindungi keselamatan awam.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata ini termasuk perbuatan mendedahkan alamat kediaman, nombor telefon, nombor pengenalan diri serta maklumat keluarga seseorang.
Menurut beliau, perbuatan dikenali sebagai ‘doxing’ tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah beberapa peruntukan sedia ada, termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 130 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, serta Seksyen 507E dan Seksyen 507F (1) atau 507F (2) Kanun Keseksaan.
“Prinsip perlindungan data peribadi terpakai kepada semua individu tanpa mengira latar belakang, pandangan atau situasi semasa, dan tidak boleh dijadikan alasan untuk tindakan balas dendam, ugutan atau gangguan dalam talian,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan etika serta bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial dan PDRM tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang berkaitan, selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang dan kepentingan keselamatan awam.