Empat premis simpan mercun tanpa permit diserbu, rampasan RM2.2 juta

Foto hiasan

KUCHING, 29 Januari -Empat premis di Sarawak yang menyimpan mercun dan bunga api tanpa permit sah diserbu pihak berkuasa, dengan nilai rampasan mencecah RM2.2 juta.

RINGKASAN BERITA AI
  • Empat premis di Sarawak diserbu kerana menyimpan mercun dan bunga api tanpa permit.
  • Rampasan bernilai RM2.2 juta termasuk lebih 14,000 unit mercun di dua lokasi.
  • Empat individu ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Menurut Komander Briged Sarawak, SAC Lim Bak Phai, serbuan dijalankan di Kuching, Sibu, Bintulu dan Lubok Antu dalam operasi minggu ini.

“Di Lubok Antu dan Bintulu sahaja, lebih 14,000 unit mercun berjaya dirampas,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam operasi sama, empat individu berumur antara 18 hingga 49 tahun turut ditahan.

Kesemua suspek telah dibawa ke ibu pejabat polis daerah masing-masing untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.