
KOTA BHARU, 7 April– Empat anggota polis direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM12,000.
- Suspek dipercayai menerima wang sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap individu yang memiliki daun ketum.
- Transaksi rasuah dipercayai dilakukan melalui pemindahan ke akaun peribadi pihak ketiga pada Disember 2025.
- SPRM Kelantan mengesahkan penahanan; kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Perintah reman bermula hari ini hingga 11 April dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid di Mahkamah Majistret di sini.
Siasatan mendapati, suspek dipercayai menerima wang sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap seorang individu yang memiliki daun ketum.
Perbuatan itu dilakukan pada Disember 2025.
Suspek dipercayai menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan ke akaun peribadi pihak ketiga.
Menurut sumber, kesemua suspek bertugas di sebuah ibu pejabat polis daerah (IPD) di Kelantan.
Mereka yang berusia lingkungan 20 hingga 40-an ditahan antara pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari semalam di pejabat masing-masing.
Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, Azmin Yusoff mengesahkan penahanan tersebut.
Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.