
JOHOR BAHRU, 16 Januari — Seorang doktor klinik swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya dan anak lelaki mereka, bulan lalu.
- Dibicarakan atas tuduhan membunuh isteri, Phun Lai Ling, dan anak lelaki mereka, Aaden, pada 30–31 Disember lalu.
- Tertuduh, Dr Chia Tong Hong, 34, mengangguk faham namun tiada pengakuan direkodkan di mahkamah.
- Juga didakwa mengganggu siasatan dengan mengubah kedudukan mayat anak dan melupus kuku palsu isteri.
- Pertuduhan dibawa mengikut Seksyen 302, 186 dan 201 Kanun Keseksaan; bail ditolak dan serahan dokumen ditetapkan 17 Mac.
Tertuduh, Chia Tong Hong, 34, hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan di dua mahkamah berasingan, namun tiada pengakuan direkodkan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian isterinya, Phun Lai Ling, 37, dan anak lelaki mereka, Aaden Chia Yee Heng, 5.
Suspek melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Jalan Perjiranan 11/12, Bandar Dato’ Onn antara 30 dan 31 Disember lalu.
Selain itu, tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengganggu siasatan polis, iaitu dengan mengubah kedudukan mayat anak lelakinya serta melupuskan kuku palsu isterinya.
Pertuduhan bunuh dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Manakala pertuduhan mengganggu tugas penjawat awam dan melupuskan bahan bukti masing-masing mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 201 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Majistret Atifah Hazimah Wahab, A. Shaarmini dan Nabilah Nizam masing-masing tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan
Mahkamah menetapkan 17 Mac sebagai tarikh serahan dokumen kes.