Dadah : 22 individu ditahan dalam operasi khas

Antara suspek yang ditahan dan barang kes yang dirampas

TELUK INTAN, 22 Jun – Seramai 22 individu ditahan dalam operasi khas membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah sekitar Labu Kubong, di sini, pada Khamis lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Barang kes disyaki heroin 55.62 gram dan methamphetamine 9.05 gram dirampas.
  • Suspek terdiri daripada warga tempatan, Orang Asli dan warga Kemboja, berumur antara 18 hingga 58 tahun.
  • Operasi dilaksanakan JSJN Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Hilir Perak berdasarkan maklumat risikan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Chua Kok Lian mengesahkan kesemua yang ditahan merupakan warga tempatan, Orang Asli serta warga Kemboja berusia antara 18 hingga 58 tahun.

“Barang kes disyaki heroin seberat 55.62 gram dan methamphetamine seberat 9.05 gram, telah dirampas.

“Operasi dilaksana Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, hasil maklumat risikan,”katanya menerusi kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B,Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan penyalahgunaan atau pengedaran dadah disaran menghubungi JSJN menerusi aplikasi WhatsApp di talian 012-2087222 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.