AKPS gagalkan cubaan seludup 45 kontena e-waste di Pelabuhan Klang

Antara sisa elektronik yang ditemui dalam kontena di Pelabuhan Klang

KUALA LUMPUR, 3 MacCubaan membawa masuk 45 kontena mengandungi campuran sisa elektronik (e-waste) dan bahan buangan terjadual melalui Pelabuhan Barat di Pelabuhan Klang berjaya digagalkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

RINGKASAN BERITA AI
  • AKPS menggagalkan cubaan membawa masuk 45 kontena e-waste dan bahan buangan terjadual di Pelabuhan Klang.
  • Jumlah barangan dikesan 868,005 kilogram termasuk 454,895 kg e-waste dan 413,110 kg bahan kategori SW 102, 103, 422.
  • Kontena akan ditempatkan di kawasan selamat menunggu notis JAS dan AKPS terus perkukuh pemeriksaan serta penguatkuasaan.

Hasil pemeriksaan mendapati, kesemua kontena membawa 868,005 kilogram sisa terlarang berkenaan.

Komander AKPS Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal menerusi kenyataan memaklumkan, pemeriksaan fizikal dijalankan pada pukul 10 pagi mendapati 22 kontena beiris e-waste seberat 454,895 kilogram.

Manakala, 18 kontena lagi dikesan berisi bahan buangan terjadual kategori SW 102, 103 dan 422 seberat 413,110 kilogram.

Kesemua Kontena dikenalpasti masuk ke dalam negara pada September 2024 hingga Mac 2025.

Kemasukan bahan buangan terjadual adalah dilarang sama sekali menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Semua kontena terbabit akan ditempatkan di kawasan selamat sementara menunggu notis daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi tujuan pengeksportan semula.

AKPS akan meneruskan pemeriksaan ke atas kontena dagangan yang disyaki membawa sisa terlarang, selain komited terus memperkukuh kawalan dan penguatkuasaan di pintu masuk negara.