41 individu ditahan, dadah bernilai RM15,532 dirampas

Pelbagai jenis dadah dirampas dalam Op Tapis Khas Kontinjen Sarawak

KUCHING, 8 Januari Seramai 41 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah dalam Op Tapis Khas Kontinjen Sarawak dari 4 hingga 6 Januari lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • 41 individu ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah semasa Op Tapis Khas Kontinjen Sarawak.
  • Rampasan dadah dianggarkan bernilai RM15,532 dan melibatkan beberapa jenis bahan terlarang.
  • Penahanan melibatkan pelbagai seksyen Akta Dadah Berbahaya 1952, termasuk penyalahgunaan dan pengedaran.

Ketua Polis Daerah Kuching Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Alexson Naga Anak Chabu dalam kenyataan memaklumkan nilai keseluruhan rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM15,532.

Kesemua ditangkap bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Lima individu ditahan bawah Seksyen 39B dan empat individu masing-masing ditahan bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 12(2).

Manakala, seramai 32 individu lagi ditahan bawah Seksyen 15(1)(a) kerana kesalahan penyalahgunaan dadah.

Dalam operasi sama, polis turut merampas pelbagai jenis dadah melibatkan 121.02 gram syabu, 248.10 gram serbuk MDMA serta 9.80 gram pil Erimin 5.