164 individu ditahan dalam Op Cegah Khas AADK

Foto RTM

GEORGE TOWN, 12 Jun – Seramai 164 individu ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang dalam Op Cegah Khas Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang dijalankan sejak Selasa lepas hingga semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • 149 individu didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing.
  • Pasangan suami isteri berumur 35 dan 37 tahun ditahan di Air Itam; positif morfin dan syabu.
  • Penyalahgunaan melibatkan umur 19 hingga 40 tahun, termasuk 77 belia, mewakili 47 peratus kes.
  • Tiada individu di bawah 18 tahun ditahan; operasi melibatkan 88 pegawai dan anggota AADK.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK, Mahadzir Elias berkata 149 individu daripadanya didapati positif dadah.

Antara yang ditahan pasangan suami isteri masing-masing berusia 35 dan 37 tahun.

“Pasangan tersebut ditahan ketika serbuan dilakukan di Air Itam. Mereka positif dadah jenis morfin dan syabu hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan,” ujar beliau.

Beliau menambah, kes penyalahgunaan bahan terlarang ini melibatkan kalangan individu berumur 19 hingga 40 tahun termasuk belia seramai 77 orang atau 47 peratus.

“Seramai sembilan orang melebihi umur 61 tahun,” katanya.

Beliau berkata, tiada penahanan individu dilakukan pihaknya membabitkan individu di bawah umur 18 tahun dalam operasi yang membabitkan seramai 88 pegawai dan anggota AADK.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.