fb fb fb fb fb

Warga emas patah tulang lengan kiri, ditetak penagih dadah

Foto Fail

GERIK, 28 Ogos- Seorang warga emas mengalami patah tulang lengan kiri selepas ditetak seorang lelaki dikenali dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Air Ganda, Gerik petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood yang mengesahkan perkara itu berkata pihaknya menerima laporan dibuat anak mangsa pada pukul 5.01 petang.

Suspek secara tiba-tiba masuk ke dalam rumah dan menyerang mangsa dengan melibas parang dan terkena tangan kiri.

Akibat kejadian itu, mangsa berusia 68 tahun mengalami luka kesan tetakan dan patah tulang lengan kiri.

Mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk rawatan awal sebelum di bawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 54 tahun pada pukul 4.50 petang hari sama dan hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis heroin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suspek akan direman di Mahkamah Majistret Lenggong, pagi ini.

Motif kejadian masih dalam siasatan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM