fb fb fb fb fb

Penganggur ditahan miliki dadah, senjata api

FOTO PDRM

TEMERLOH, 28 Ogos- Seorang lelaki berusia 40 tahun yang merupakan penganggur ditahan polis selepas didapati memiliki dadah serta senjata api buatan sendiri dalam serbuan di rumahnya di Kampung Baru Belenggu, Temerloh, malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mazlan Hassan penahanan dibuat setelah polis menerima aduan daripada orang awam yang memaklumkan tentang aktiviti mencurigakan di kawasan kediaman suspek.

Hasil siasatan dan maklumat awam membawa kepada serbuan yang dijalankan oleh sepasukan anggota polis.

Dalam operasi serbuan itu, polis menemui beg silang milik suspek yang di dalamnya terdapat satu plastik besar lutsinar dan lapan plastik kecil lutsinar.

Kesemua plastik itu mengandungi ketulan dan serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat keseluruh 55 gram.

Ujian saringan awal yang dijalankan terhadap suspek menunjukkan dia positif dadah jenis syabu.

Menurut Mazlan, suspek kini ditahan reman selama 14 hari untuk membantu siasatan lanjut.

Suspek akan didakwa di bawah beberapa peruntukan undang-undang yang berkaitan, termasuk Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki dadah untuk tujuan pengedaran, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Selain itu, suspek turut akan didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 kerana kesalahan penyalahgunaan dadah, serta Seksyen 6 Akta Senjata Api kerana memiliki senjata api tanpa lesen, yang juga merupakan kesalahan serius di bawah undang-undang Malaysia.

2808 PHG TAHAN DADAH 2
FOTO PDRM

SITI AISHAH MD ISA