fb fb fb fb fb

Tiga lelaki didakwa edar dadah di kawasan parkir

Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas pertuduhan mengedar dadah

TELUK INTAN, 16 Januari- Tiga lelaki tempatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedar dadah awal bulan lalu.

Tertuduh Mohamad Hafis Abu Bakar, 39 tahun; Muhamad Alif Saidin, 34 tahun dan Muhammad Aiman Afiq Muhamad Yusri, 27 tahun mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka secara bersama telah mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 1.918 kilogram.

Kesalahan dilakukan di kawasan parkir sebuah pasar raya di Teluk Intan pada pukul 2.50 petang 6 Januari lalu.

Pertuduhan dikemukakan bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mahkamah menetapkan 19 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula untuk menunggu laporan kimia. 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI