fb fb fb fb fb

Tiga lelaki cedera, insiden tembakan di Jalan Kuching-Serian

Foto hiasan

KUCHING, 8 Julai- Tiga lelaki warga tempatan mengalami kecederaan di bahagian badan dalam insiden tembakan yang berlaku di belakang sebuah pasaraya Batu 19, Jalan Kuching-Serian.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd. Irwan Hafiz Md. Radzi menerusi kenyataan berkata, ketiga-tiga lelaki berkenaan yang berumur 24 hingga 25 tahun kini sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak, dan dalam keadaan stabil.

Beliau memberitahu usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Pihaknya menerima laporan berhubung insiden berkenaan pada pukul 1.57 pagi tadi.

Laporan dibuat oleh seorang lelaki tempatan berumur 26 tahun yang memaklumkan tiga rakannya terkena tembakan dalam kejadian tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen B Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat).

ROSLINA BINTI DIN