fb fb fb fb fb

 Tiga individu ditahan terlibat kes curi dalam kenderaan di Manjung

Datuk Azizi Mat Aris menunjukkan wajah suspek ketika sidang media hari ini / FOTO RTM

IPOH, 10 Oktober- Tiga termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat kes curi dalam kenderaan sekitar Manjung, tahun ini.
 
Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 24 dan 26 tahun mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau termasuk dadah.
 
Hasil siasatan, turut merampas pelbagai barangan dipercayai diperolehi secara curi.
 
"Modus operandi mereka sama iaitu membuka membuka pintu kereta apabila diletakkan tidak berkunci sama ada dalam kawasan parkir berpagar atau di luar pagar kawasan perumahan," katanya.

Terdahulu, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kecurian barangan berharga di dalam kenderaan di dua lokasi berasingan sekitar daerah tersebut.
 
Ketiga-tiga suspek telah mendapat 11 arahan pertuduhan bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, 411 Kanun Keseksaan, 414 Kanun Keseksaan, 427 Kanun Keseksaan dan 447 Kanun Keseksaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE