fb fb fb fb fb

Suspek kelar bekas teman wanita direman empat hari

Suspek direman empat hari sehingga Jumaat bagi membantu siasatan

SHAH ALAM, 15 Julai - Lelaki warga asing yang disyaki mengelar bekas teman wanitanya di sebuah universiti swasta di Subang Jaya direman empat hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman sehingga Jumaat ini dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali di Mahkamah Majistret, di sini mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Dalam kejadian petang semalam, penuntut wanita warga asing itu cedera parah di bahagian kiri leher selepas diserang suspek.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek ditangkap sejurus selepas kejadian.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya.

Motif kejadian masih disiasat.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN