BUKIT MERTAJAM, 19 Oktober -Suami kepada mangsa kes bunuh melibatkan dua beranak di Kampung Sekolah Juru, Bukit Mertajam direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, mengesahkan lelaki berkenaan telah dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman.
Beliau turut memaklumkan mayat dua beranak itu dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
Semalam, mayat seorang wanita dan kanak-kanak ditemukan maut dalam sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru, Bukit Mertajam dan dipercayai dibunuh.
Kedua-dua mayat itu dijumpai suami mangsa sekitar pukul 7.30 malam.
Mayat wanita berusia lingkungan 50-an itu ditemui di bahagian dapur tingkat bawah.
Manakala, anak perempuannya berumur 11 tahun ditemukan di tingkat atas kediaman berkenaan.
Kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.