fb fb fb fb fb

SPRM kesan Mohamad Faizul Kamaruddin bantu siasatan kes

FOTO SPRM

KUALA LUMPUR, 13 November- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan.

Menerusi satu kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan lelaki tersebut, Mohamad Faizul Kamaruddin, 39 tahun, mempunyai alamat terakhir di Blok B-2-6 Flat Taman Tun Sardon,11700 Gelugor, Pulau Pinang.

"Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu terlibat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Ahmad Nasharuddin Ab Razak di talian 09-5716000 atau 019-3454565 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.," menurut SPRM.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE