fb fb fb fb fb

Sindiket pengedaran dadah tumpas

FOTO FAIL

BATU PAHAT, 7 Ogos - Polis Daerah Batu Pahat berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak Julai lalu dengan tertangkapnya tujuh individu pada 1 Ogos lalu. 

Tangkapan membabitkan empat lelaki tempatan dan tiga wanita warga asing berumur 21 hingga 38 tahun . 
 
Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner (ACP) Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, serbuan dijalankan di sebuah pangsapuri di kawasan bandar Batu Pahat, Johor itu turut merampas sejumlah dadah bernilai RM895,662.

"Menjadikan tempat serbuan tersebut sebagai stor menyimpan dadah dan tempat pembungkusan dadah semula sebelum mengedarkan ke pasaran tempatan dalam negeri Johor. Kegiatan sindiket pengedaran dadah ini dipercayai mula aktif beroperasi sekitar bulan Julai 2024," kata Shahrulanuar, di sini.

Kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan direman selama tujuh hari hingga 8 Ogos ini. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Katanya, kejayaan tersebut merupakan tangkapan terbesar melibatkan daerah Batu Pahat tahun ini. 

TETITIA YUSOFF