fb fb fb fb fb

Serah sepenuhnya kepada Thailand, PDRM tiada cadangan ekstradisi raja dadah ke Malaysia

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 8 Januari- Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bercadang untuk mengekstradisi raja dadah warga Malaysia yang ditahan di Laos pada 29 Disember lalu.

Jelas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pihak berkuasa Thailand akan mengendalikan sepenuhnya siasatan dan tindakan undang-undang terhadap suspek.

Menurut beliau, suspek lelaki 41 tahun yang berasal dari Perak dan telah berkahwain dengan warga negara gajah putih itu dipercayai telah lama melakukan kegiatan melibatkan sindiket penyeludupan dadah.

"Setakat ini kita tidak ada cadangan untuk membawa dia balik dan kami serah kepada pihak Thailand,biarlah dia menghadapi pertuduhan di sana

"Mana-mana warga Malaysia yang berada di luar negara dan melanggar undang negara tersebut, kita serah kepada negara berkenaan untuk mengambil tindakan,"katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bukit Aman.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE