fb fb fb fb fb

PDRM jalin kerjasama dengan UKM, tingkat penyelidikan perangi dadah

Datuk Seri Ayob menyerahkan 'mock cheque' kepada Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman

KUALA LUMPUR, 8 Januari- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalinkan kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi meningkatkan penyelidikan dan latihan dalam usaha memerangi ancaman dadah dan bahan psikoaktif baru.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dana sebanyak RM1.2 juta yang diberikan akan digunakan untuk menambah baik instrumen makmal selain memantapkan penyelidikan berkaitan dadah secara menyeluruh.

"Jaringan kerjasama strategik ini adalah untuk mempertingkatkan lagi usaha PDRM khususnya dalam membanteras aktiviti penyeludupan dadah secara efektif, memberi peluang kepada penyelidik untuk meneroka ilmu baharu yang seterusnya diguna pakai metodologi pelaksanaan operasi anti dadah,"katanya.

Tambah beliau kerjasama tersebut juga melibatkan tujuh aspek pendidikan, antaranya melaksanakan kajian dan penyelidikan berkaitan sebatian aktif, penetuan kadar dos ketagihan dadah dan penjejakan forensik molekul asal usul dadah.

Selain membangunkan pangkalan data forensik (NPS) serta menghasilkan strip ujian jenis elektrod biosensor dan kajian dalam menentukkan kepekatan residu dadah dalam loji rawatan kumbahan bagi mengesan kehadiran makmal dadah terutama di kawasan perumahan elit.

Dalam pada itu, pihaknya turut menghantar lapan pegawai membabaitkan seorang pegawai berpangkat Asisten Supritendan dan tujuh inspektor untuk mengikuti kursus jangka panjang dan pendek dalam peringkat penyelidikan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bukit Aman.

Turut hadir, Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE