fb fb fb fb fb

Sepasang kasih didakwa edar dadah lebih 3kg

Kedua-dua suspek diiringi polis ketika tiba di mahkamah / FOTO RTM

JOHOR BAHRU, 29 Ogos- Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini atas dua pertuduhan mengedar lebih tiga kilogram (kg) dadah berbahaya, pada 17 Ogos lalu.

Pertuduhan dijalankan di tiga mahkamah majistret berbeza, di hadapan Majistret A.Shaarmini, R.Salini dan Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama telah mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine dengan berat kasar 2.667 kg dan serbuk MDMA seberat 457.10 gram di Taman Ekoflora, 17 Ogos lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2)(a) akta sama serta dibicara bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sementara di mahkamah majistret berasingan, Wang berdepan dengan dua lagi pertuduhan mengedar dadah berbahaya jenis MDMA dengan berat kasar 1.199 kg dan 375 gram, juga pada 17 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1980) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B akta sama.

Bagi pertuduhan memiliki dadah nimetazipam dan cecair MDMA, kedua-dua tertuduh mengaku bersalah.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) Akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurain Syafiqeen Mohd Rozi, Siti Fatimah Mamu dan Adriana Azrin.

29 Oktober dan 27 November hadapan ditetapkan sebagai tarikh sebutan laporan kimia dan tiada jaminan dibenarkan terhadap kedua-dua tertuduh.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE