fb fb fb fb fb

Seleweng minyak diesel, lelaki didenda RM30,000

Foto KPDN Kedah

ALOR SETAR, 29 Mei- Seorang lelaki tempatan didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki barang kawalan minyak diesel bersubsidi tanpa lesen.

Hukuman dijatuhkan Hakim, Jane Sharmila Jesudason di Mahkamah Sesyen Alor Setar.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki berkenaan ditahan Pasukan Polis Marin Langkawi ketika sedang memandu sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di sebuah stesen minyak di Jalan Dato’ Syed Omar, Kampung Teluk Bagan, Alor Setar pada pukul 2.00 pagi, 15 Mei 2024.

Hasil pemeriksaan menemukan kira-kira 2,000 liter minyak diesel.

Minyak diesel bersama lori kargo, tangki tambahan fiber, hos paip dan mesin pam minyak dengan nilai keseluruhan berjumlah RM20,200 disita.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Mohamad Hezrin Abdul Wahab.

Lelaki itu yang mengaku salah telah membayar denda sebanyak RM30,000 yang dikenakan terhadapnya.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM