fb fb fb fb fb

SAR lelaki terjun Sungai Kelantan di teruskan pagi ini

FOTO FAIL

KOTA BHARU, 20 Disember - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang terjun ke Sungai Kelantan di Jambatan Tendong, Kota Bharu petang semalam di teruskan pagi ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supritenden Mohd Suhaimi Ali berkata operasi SAR yang turut di sertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) itu di sambung kira-kira pukul 7.00 pagi tadi.

Mangsa, Mohd. Zulhilmi Mohd. Zamri, 37, disedari jatuh dari jambatan itu oleh orang awam yang berada di kawasan berkenaan.

"Pihak polis menerima panggilan mengenai kejadian itu pukul 2.30 petang semalam dan operasi SAR di mulakan pukul 3.00 petang dan di hentikan pada 7.00 malam," katanya, di sini.

Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai orang hilang. 

Pihak Polis juga mengingatkan agar tiada mana-mana individu membuat sebarang spekulasi dan menghormati privasi keluarga mangsa.

TETITIA YUSOFF