fb fb fb fb fb

Rasuah RM1 bilion: SPRM tahan dua lagi pengarah syarikat

FOTO SPRM

KUALA LUMPUR, 3 Julai- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan reman dua lagi pengarah syarikat sub kontraktor dipercayai terbabit rasuah bagi pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1 bilion.

Kedua-dua suspek lelaki dan perempuan berusia lingkungan 50-an ditahan antara pukul 5.00 petang hingga 7.00 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Susulan penahanan itu, kedua-dua suspek di bawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan perintah reman selama lima hari sehingga 7 Julai ini dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

"Kedua-dua suspek merupakan pengarah dari syarikat yang sama disyaki memberi rasuah kepada pegawai-pegawai badan berkanun sebagai balasan bagi mendapat kerja-kerja projek pembinaan lebuh raya yang sebelum ini dijalankan satu syarikat lain," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.

SITI AISHAH MD ISA