fb fb fb fb fb

Rasuah dapatkan kontrak bersih kapal tangki minyak, lima individu direman

Lima individu disyaki disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah berkaitan kontrak pembersihan kapal tangki minyak bernilai RM 15.3 juta

KUALA LUMPUR, 6 Ogos- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman lima individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah berkaitan kontrak pembersihan kapal tangki minyak bernilai RM 15.3 juta yang diperoleh tiga tahun lalu.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, individu yang ditahan terdiri daripada seorang pengurus anak syarikat minyak dan gas, dua bekas kakitangan syarikat berkenaan manakala dua lagi merupakan kontraktor.

"Menurut sumber, kesemua individu lelaki berusia antara 30 hingga 63 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pada pukul 8.00 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan," katanya.

Bagaimanapun Majistret Mahkamah Putrajaya Irza Zulaikha Rohanuddin telah membenarkan reman selama lima hari untuk pengurus dan dua bekas kakitangan, manakala kedua-dua kontraktor direman selama tiga hari.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kesemua individu disiasat bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI