fb fb fb fb fb

Rasuah: Aktivis politik antara ditahan

Foto RTM

ALOR SETAR, 6 November- Tiga individu termasuk seorang aktivis politik direman bagi membantu siasatan meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.

Perintah reman empat hari hingga Sabtu ini dikeluarkan Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, di Mahkamah Majistret Alor Setar.

Kesemua individu berusia 30 hingga 50-an itu ditahan antara pukul 12.00 tengah hari hingga 5.00 petang semalam, dalam operasi sekitar Bedong dan di pejabat SPRM Kedah Alor Setar.

Suspek dipercayai meminta suapan bagi membantu menyelesaikan kes pengubahan wang haram membabitkan pendakwah selebriti yang sedang disiasat polis.

Berdasarkan siasatan awal, dipercayai mereka bersubahat meminta wang sebanyak RM150,000 tetapi hanya menerima RM20,000 tunai daripada pendakwah berkenaan

Pengarah SPRM Kedah, Ahmad Nizam Ismail mengesahkan penahanan itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Trainee2