fb fb fb fb fb

Polis tembak mati dua penjenayah

Foto RTM

BUTTERWORTH, 26 Jun-Dua penjenayah maut di tembak polis selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan Polis di Jalan Pokok Sena / Permatang Baru, Sungai Dua, Butterworth pukul 2.05 pagi tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, sepasukan polis yang sedang menjalankan tugas telah terserempak dengan sebuah kereta jenis perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan.

Polis kemudian mengarahkan kenderaan tersebut berhenti bagi tujuan pemeriksaan, namun suspek enggan dan memecut laju kereta sebelum bertindak melepaskan beberapa das tembakan.

Polis kemudian terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek.disahkan meninggal dunia di tempat kejadian

Pemeriksaan juga mendapati dua suspek berkenaan adalah berbangsa India.

Pihak polis turut menemui sepucuk pistol Semi auto jenis Glock dan sepucuk pistol Revolver Genesis beserta wisnu 38.

Turut dijumpai 176 butir peluru.

Kedua-dua suspek masing-masing berusia 41 tahun dan 51 tahun difahamkan mempunyai sekurang-kurangnya 12 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Satu kertas siasatan telah dibuka dibawah seksyen 307 kanun keseksaan dan seksyen 8 akta senjata 1960.

Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi melangkapkan kertas siasatan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD