fb fb fb fb fb

Polis sahkan telah rakam keterangan Ahli Parlimen Kepala Batas

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 14 November - Polis mengesahkan telah merakam percakapan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr. Siti Mastura Mohamad di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

Ini bagi membantu siasatan berhubung ucapan yang mengandungi kenyataan fitnah terhadap pucuk pimpinan DAP.

Pengarah Jabatan Sisatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata siasatan telah dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Undang-undang dan Pendakwaan (D5) di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kes masih diperingkat siasatan dan PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi yang boleh mengganggu siasatan," kata Mohd Shuhaily menerusi kenyataan.

Mohd Shuhaily turut mengingatkan orang ramai untuk menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak menggunakan kemudahan tersebut untuk tujuan yang menyalahi undang-undang.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN