JOHOR BAHRU, 7 Mei- Polis merampas sejumlah 427 kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM854,000 daripada sebuah gudang di Taman Scientex, Senai, Kulai, petang kelmarin.
Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, serbuan dilakukan pada pukul 5.30 petang.
Katanya, hasil pemeriksaan polis mendapati premis tersebut dijadikan tempat penyimpanan mercun dan bunga api, tidak berlesen.
Susulan itu, seorang suspek berusia 47 tahun ditahan dan direman sehingga esok bagi membantu siasatan.
"Sindiket ini berselindung dengan menyimpan barang-barang lain dalam gudang itu untuk menunjukkan mereka berurusan atau menjalankan perniagaan yang sah,"katanya.
Rampasan hasil intipan polis di premis yang tidak berpagar dan dikawal.
Kesemua rampasan dipercayai digunakan sebagai stok sempena hari raya Aidilfitri dan raya AidilAdha.
Kes disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957.