fb fb fb fb fb

JKDM Kelantan rampas minuman keras lebih RM1.2 juta

Wan Jamal Abdul Salam Wan Long

RANTAU PANJANG, 6 Mei- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM1.2 juta dalam sebuah operasi di sebuah gudang di Kampung Batu 6, Shah Alam, Selangor 25 April lalu.
 
Pengarah JKDM Kelantan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, ketika operasi dijalankan terdapat empat buah lori ditinggalkan di perkarangan gudang dan hasil pemeriksaan menemui kesemua kotak berisi pelbagai jenis arak terbabit berjumlah 24,500 liter.

"Untuk makluman semua ini adalah rampasan minuman keras yang terbesar JKDM Kelantan sepanjang empat tahun yang lalu.

"Jadi tahun ini kita dapat tangkap di luar Kelantan iaitu di Shah Alam," katanya dalam sidang media di sini.

Mengulas lanjut, Wan Jamal berkata hasil siasatan mendapati minuman keras terbabit di seludup masuk melalui Pelabuhan Klang tanpa prosedur pengimportan yang sah bagi tujuan penjualan di pasaran tempatan dengan harga lebih murah.
 
Kesemua minuman keras yang dirampas dari pelbagai negara itu disyaki untuk pasaran tempatan khususnya bagi memenuhi permintaaan pusat-pusat hiburan.
 
Kes disiasat bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 74 (1) (c) Akta Eksais 1976.
 
Bagaimanapun tiada sebarang tangkapan berjaya dilakukan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI