fb fb fb fb fb

Penjawat awam direman guna kuasa untuk kepentingan sendiri

Foto Fail

LABUAN, 24 Julai - Seorang Ketua Penolong Pegawai Perubatan ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan, dipercayai menggunakan kedudukan mendapatkan kerja-kerja bagi syarikat milik isterinya yang dianggar bernilai RM20,000.
 
Majistret, Kasyfurrahman Abang Ahmad membenarkan suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 28 Julai 2025, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Labuan, hari ini.

Menurut sumber, suspek ditahan di Pejabat SPRM Labuan ketika hadir memberi keterangan sekitar pukul 5.40 petang semalam.

Suspek dipercayai telah menyalahgunakan kedudukannya dengan mendapatkan kerja-kerja forwarding atau yang berkaitan pengurusan logistik di tempatnya bekerja sekitar tahun 2023 dan 2024.

Pengarah SPRM Labuan, Muhammat Azis Malmot mengesahkan tangkapan suspek.
 
Kes disiasat bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
 

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN