fb fb fb fb fb

Penemuan mayat wanita, seorang lelaki ditahan

Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan penemuan mayat isterinya dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Kampung Simee, Ipoh pagi tadi

IPOH, 12 Jun - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan penemuan mayat wanita dipercayai isterinya yang dibunuh di sebuah rumah di Kampung Simee, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP), Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata penahanan terhadap lelaki berusia 56 tahun itu dibuat setengah jam selepas mayat isterinya ditemui.

Penemuan mayat perempuan berusia 48 tahun itu diterima daripada orang awam sekitar pukul 9.26 pagi.

Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah di kawasan rumahnya.

Terdapat tiga kesan tikaman di bahagian dada dan kecederaan di bahagian kepala mangsa.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dengan niat.

Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Ipoh.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN