fb fb fb fb fb

Pencemaran udara Pasir Gudang, denda responden dinaikkan kepada RM80,000

Syarikat P. Tech Resources Sdn Bhd diperintahkan membayar denda berjumlah RM640,000 babitkan lapan pertuduhan/ Foto RTM

JOHOR BAHARU, 27 Jun-Mahkamah Tinggi Johor Bahru, hari ini memerintahkan hukuman denda terhadap responden pencemaran udara Pasir Gudang pada 2019, dinaikkan kepada RM80,000 untuk setiap pertuduhan.

Syarikat P. Tech Resources Sdn Bhd diperintahkan membayar denda berjumlah RM640,000 membabitkan lapan pertuduhan.

Perkara itu diputuskan Hakim Datuk Abu Bakar Katar dalam prosiding rayuan meningkatkan hukuman responden, hari ini.

Lapan pertuduhan dihadapi syarikat terbabit, antaranya melibatkan kesalahan gagal menjalankan pemantauan berkala,

Disamping gagal memastikan sistem kawalan pencemaran udara diselia dengan baik dan gagal melengkapkan premis dengan sistem kawalan pencemaran udara. 

Serta beberapa lagi kesalahan pentadbiran yang lain. 

Rayuan itu dibenarkan berpandukan kegagalan Hakim Mahkamah Sesyen, dalam menghayati tujuan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014, dalam penghakimannya terhadap kes itu, tahun lepas. 

Hakim Mahkamah Sesyen turut gagal menimbangkan kekerapan kes pencemaran udara yang berlaku di Johor. 

Selain gagal mengambil notis penghakiman ketika menjatuhkan hukuman denda terhadap responden.

Abu Bakar Katar, kemudiannya membenarkan hukuman denda daripada RM40,000 ditingkatkan kepada RM80,000 setiap pertuduhan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Azreen Mamat dan Nurliyana R Azmi, 

Sementara Syarikat P. Tech Resources diwakili peguam N. Subramaniam dan S. Selvantheran. 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD